ZURAIDA BINTI OTHMAN

Friday 8 October 2010

ULANGKAJI

Peperiksaan akhir tahun sudah hampir. Tinggal tiga minggu sahaja lagi. Jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Semoga berjaya.

Monday 16 August 2010

FUNGSI KATA TUGAS

kata seru:
wah,amboi, cis
kata tanya:
apa, berapa, siapa
kata perintah:
sila, tolong, harap
kata pangkal ayat:
hatta, maka, syahadan
kata bantu:
akan, sudah, pernah
kata penguat:
sangat, amat, paling
kata penegas:
juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi:
tidak, bukan
kata pemeri:
ialah, adalah
kata sendi nama:
di, dari, dalam, daripada
kata pembenar:
ya, betul, benar
kata bilangan:
dua, segala, banyak
kata arah:
atas, bawah, tepi

KATA TUGAS

Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis
(keterangan) yakni terkandung dalamnya golongan-golongan
kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama
iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama,
frasa kerja, dan frasa adjektif.

Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa
untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu.


Thursday 12 August 2010

JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF

1. Kata adjektif sifat / keadaan
ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau
keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama,
seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
kuat, pintar, nakal, keras, lemah, sihat, bijak, cergas, dan jahat.
Contoh ayat:  Budak nakal selalu kena marah.

2. Kata adjektif warna
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
jingga, perang, hitam, putih, biru, dan kelabu.  
Contoh ayat:  Adik suka pakai baju hijau.

3. Kata adjektif ukuran
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah,
dan kecil.
Contoh ayat:  Buku tebal itu sudah saya baca.

4. Kata adjektif bentuk
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
lurus, bulat, bujur, bengkok, leper, bundar, lonjong,  buncit, dan
tajam.
Contoh ayat:  Jalan lurus mudah dilalui.

5. Kata adjektif waktu
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian konsep masa,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kerap, awal, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, dan
lampau.
Contoh ayat:  Kedatangannya lewat hari ini.

6. Kata adjektif jarak

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi makna konsep ruang,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
nyaris, dekat, hampir, dan jauh.
Contoh ayat:  Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.

7. Kata adjektif cara

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
pantas, deras, ligat, lambat, gopoh, perlahan, laju, cermat,
dan cepat.
Contoh ayat:  Kereta itu dipandu dengan laju.

8. Kata adjektif perasaan
ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep
perasaan, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kasih, takut, malu, sayang, hendak, geram, cinta, rindu,
dan marah.
Contoh ayat: Dia masih marah kepada saya.

9. Kata adjektif pancaindera

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau,
dan rasa.
Indera pandang
comel
hodoh
molek

Indera dengar
nyaring
lembu
mersik

Indera bau

wangi
hanyir
harum

Indera rasa
manis
kelat
masam

Wednesday 11 August 2010

GOLONGAN KATA ADJEKTIF

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan
yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain
seperti kata bantu atau kata penguat.

KATA KERJA

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Jenis Kata Kerja:
- Kata Kerja Transitif
- Kata Kerja Tak Transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu
(sudah, telah, belum)
atau diperluas dengan perkataan dengan
(berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).


Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek.
Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek.

Kata kerja transitif seperti:
- menendang bola
- menelefon kawan
- memukul anjing
- memakan nasi.

Setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai
objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan
yang dilakukan.

Contoh: Bapa membasuh kereta semalam.
             (subjek)  (KKT) (objek)


Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya
dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan
objek.

Kata kerja tak transitif seperti:
- menangis
- berenang
- berdering
- mendarat

Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek
kerana maknanya sudah sempurna.
Contoh:
- Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
- Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
- Air sungai itu mengalir (deras).
- Pesawat itu mendarat (di landasan).

Tuesday 10 August 2010

KATA NAMA GANTI

KATA GANTI NAMA TUNJUK
Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada perkataan ini dan itu,
bagi merujuk perkara-perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.

KATA GANTI NAMA DIRI TANYA
Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda
atau orang dalam bentuk pertanyaan, dan biasanya menggunakan
perkataan apa, siapa, dan mana.

KATA GANTI NAMA DIRI ORANG 
Menggantikan nama orang dan terbahagi kepada:
- Ganti nama diri orang pertama   :
   saya, aku, beta, kami, kita

- Ganti nama diri orang kedua      :
   saudara, awak, kamu, engkau, anda

- Ganti nama diri orang ketiga      :
   dia, beliau, mereka, ia, baginda