ZURAIDA BINTI OTHMAN

Monday 16 August 2010

FUNGSI KATA TUGAS

kata seru:
wah,amboi, cis
kata tanya:
apa, berapa, siapa
kata perintah:
sila, tolong, harap
kata pangkal ayat:
hatta, maka, syahadan
kata bantu:
akan, sudah, pernah
kata penguat:
sangat, amat, paling
kata penegas:
juga, lah, tah, kah, pun
kata nafi:
tidak, bukan
kata pemeri:
ialah, adalah
kata sendi nama:
di, dari, dalam, daripada
kata pembenar:
ya, betul, benar
kata bilangan:
dua, segala, banyak
kata arah:
atas, bawah, tepi

KATA TUGAS

Golongan Kata Tugas

Golongan kata yang bersifat pelbagai jenis
(keterangan) yakni terkandung dalamnya golongan-golongan
kecil yang berbeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama
iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama,
frasa kerja, dan frasa adjektif.

Kata tugas masuk ke dalam ayat, klausa atau frasa
untuk mendukung maksud sesuatu tugas sintaksis tertentu.


Thursday 12 August 2010

JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF

1. Kata adjektif sifat / keadaan
ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau
keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama,
seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
kuat, pintar, nakal, keras, lemah, sihat, bijak, cergas, dan jahat.
Contoh ayat:  Budak nakal selalu kena marah.

2. Kata adjektif warna
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
jingga, perang, hitam, putih, biru, dan kelabu.  
Contoh ayat:  Adik suka pakai baju hijau.

3. Kata adjektif ukuran
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah,
dan kecil.
Contoh ayat:  Buku tebal itu sudah saya baca.

4. Kata adjektif bentuk
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
lurus, bulat, bujur, bengkok, leper, bundar, lonjong,  buncit, dan
tajam.
Contoh ayat:  Jalan lurus mudah dilalui.

5. Kata adjektif waktu
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian konsep masa,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kerap, awal, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, dan
lampau.
Contoh ayat:  Kedatangannya lewat hari ini.

6. Kata adjektif jarak

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi makna konsep ruang,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
nyaris, dekat, hampir, dan jauh.
Contoh ayat:  Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.

7. Kata adjektif cara

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
pantas, deras, ligat, lambat, gopoh, perlahan, laju, cermat,
dan cepat.
Contoh ayat:  Kereta itu dipandu dengan laju.

8. Kata adjektif perasaan
ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep
perasaan, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kasih, takut, malu, sayang, hendak, geram, cinta, rindu,
dan marah.
Contoh ayat: Dia masih marah kepada saya.

9. Kata adjektif pancaindera

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau,
dan rasa.
Indera pandang
comel
hodoh
molek

Indera dengar
nyaring
lembu
mersik

Indera bau

wangi
hanyir
harum

Indera rasa
manis
kelat
masam

Wednesday 11 August 2010

GOLONGAN KATA ADJEKTIF

Kata adjektif, juga dikenali sebagai kata sifat, ialah perkataan
yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif.

Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu atau beberapa
perkataan yang mengandungi kata adjektif dan unsur lain
seperti kata bantu atau kata penguat.

KATA KERJA

Kata kerja ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan
perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.

Jenis Kata Kerja:
- Kata Kerja Transitif
- Kata Kerja Tak Transitif

Setiap kata kerja dapat disertai oleh kata bantu
(sudah, telah, belum)
atau diperluas dengan perkataan dengan
(berjalan dengan cepat, menendang dengan kuat).


Kata Kerja Transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang diikuti objek.
Kata kerja transitif tidak boleh berdiri sendiri tanpa objek.

Kata kerja transitif seperti:
- menendang bola
- menelefon kawan
- memukul anjing
- memakan nasi.

Setiap ayat yang mempunyai kata kerja transitif perlu mempunyai
objek untuk menerangkan dengan lengkap tentang perbuatan
yang dilakukan.

Contoh: Bapa membasuh kereta semalam.
             (subjek)  (KKT) (objek)


Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya
dan dapat berdiri sendiri dalam ayat dengan tidak memerlukan
objek.

Kata kerja tak transitif seperti:
- menangis
- berenang
- berdering
- mendarat

Kesemua contoh kata kerja tersebut tidak perlu diikuti objek
kerana maknanya sudah sempurna.
Contoh:
- Jam loceng itu berdering (pagi tadi).
- Gadis itu menangis (kerana bapanya meninggal dunia).
- Air sungai itu mengalir (deras).
- Pesawat itu mendarat (di landasan).

Tuesday 10 August 2010

KATA NAMA GANTI

KATA GANTI NAMA TUNJUK
Kata ganti nama tunjuk terdiri daripada perkataan ini dan itu,
bagi merujuk perkara-perkara atau benda-benda yang dekat dan jauh.

KATA GANTI NAMA DIRI TANYA
Kata ganti nama diri tanya digunakan bagi merujuk benda
atau orang dalam bentuk pertanyaan, dan biasanya menggunakan
perkataan apa, siapa, dan mana.

KATA GANTI NAMA DIRI ORANG 
Menggantikan nama orang dan terbahagi kepada:
- Ganti nama diri orang pertama   :
   saya, aku, beta, kami, kita

- Ganti nama diri orang kedua      :
   saudara, awak, kamu, engkau, anda

- Ganti nama diri orang ketiga      :
   dia, beliau, mereka, ia, baginda

KATA NAMA

Kata nama ialah perkataan yang menyatakan nama bagi sesuatu
seperti orang, benda, binatang, tempat, konsep, dan sebagainya.

Kata nama dapat diikuti dengan frasa yang atau yang sangat.

Penanda bagi kata nama ialah setiap kata nama dapat didahului
oleh kata bilangan, penjodoh bilangan dan kata penentu ini / itu.

Kata Nama terbahagi kepada:
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Kata Nama Ganti

FUNGSI KATA NAMA

1. Subjek ayat: Amir tiba.
2. Pelengkap kata kerja: Abang menjadi guru.
3. Objek langsung kata kerja: Bapa menulis surat.
4. Objek tak langsung: Abang membacakan ibu surat itu.
5. Objek kata depan: Surat daripada Kamal.
6. Kata nama juga dapat berada pada kedudukan kepunyaan:
    Itu beg Aishah.

KATA GANDA

Proses penggandaaan dalam Bahasa Melayu ialah proses yang
menggandakan kata dasar.
Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami
penggandaan penuh atau separa. Kata dasar juga boleh
digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi tertentu.

Terdapat tiga jenis penggandaan dalam Bahasa Melayu:

PENGGANDAAN PENUH          :  pulau-pulau
                                                       buku-buku
                                                       rumah-rumah                      

PENGGANDAAN SEPARA        :  jejari
                                                       sesisir
                                                       lelangit

PENGGANDAAN BERENTAK   :  sayur-mayur
                                                       lauk-pauk
                                                       gunung-ganang

KATA MAJMUK

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata atau
lebih, dan bentuk baru yang terhasil akan membawa makna
yang tertentu.
Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.
Bentuk kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan
unsur lain.

Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis:
Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

          Contohnya: alat tulis
                             nasi minyak
                             kerusi malas

Kata Majmuk Istilah Khusus

          Contohnya: batu kapur
                             carta pai
                             kanta tangan
Kata Majmuk Maksud Kiasan

          Contohnya: kaki ayam
                             duit kopi
                             berat tangan
Terdapat juga sebilangan bentuk kata majmuk
yang disebut sebagai Kata Majmuk Mantap
iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh berikut:
          antarabangsa
          apabila
          padahal
          Olahraga
          warganegara

IMBUHAN

Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir secara
bersendirian dalam ayat. Ia harus diimbuhkan pada bentuk yang lain,
iaitu dengan kata dasar.

Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis.

Imbuhan Awalan- Hadir sebelum kata dasar.
                 contoh  : berjalan
                                berhasrat
Imbuhan Akhiran- Hadir sesudah kata dasar.
                  contoh : pukulan
                                tiupan
                                kumpulan
Imbuhan Sisipan-  Hadir di celah kata dasar.
                  contoh : telapak
                                telunjuk
                                gelanggang
                                keruping
                                seruling
                                gerigi
                                kemuning
                                gemuruh
                                kemuncup

Imbuhan Apitan- Hadir secara mengapit kata dasar secara serentak.
                  contoh : pelabuhan
                                perlantikan
                                pertandingan

Imbuhan Pinjaman-
                  contoh  : maharaja
                                 tatacara
                                 dwibahasa
                                 pancasila

AKRONIM

Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan
huruf awal, suku kata atau gabungan kombinasi awal dan suku kata
daripada satu rangkai kata.

Ditulis serta dilafazkan sebagai satu kesatuan yang wajar.

Akronim tergolong ke dalam kata tunggal, seperti dalam
contoh-contoh di bawah:

LUTH        MARA        ABIM        Tabika

cerpen        purata          Bernama     Pernas        Intan

APA ITU MORFOLOGI?

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur,
bentuk dan penggolong kata.

Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna.

Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan.

Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama.

Monday 9 August 2010

DEFINISI FRASA

Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas.
Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan.
Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua
perkataan atau lebih.Sebagai contohnya, Kambing.

Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada
sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu :
Frasa Nama(FN)
Frasa Kerja (FK)
Frasa Adjektif (FA)
Frasa Sendi (FS).

Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang
menjadi sebahagian daripada ayat.

Ia dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun sekumpulan perkataan
yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna.
Jika dahulu, Pendeta Z’aba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina
daripada dua perkataan atau lebih.
Tetapi, sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa.

Contohnya, Rumah

Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat dirumuskan bahawa:

Frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau
diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna.

Sunday 8 August 2010

POLA AYAT DASAR

 Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
    semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
 Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan
    susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu,
    yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.
 Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau
    ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif
    dan sebagainya.
 Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat
    jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

AYAT

DEFINISI AYAT
 Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
    tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
 Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa
    perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
    kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

 
BINAAN AYAT
 Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu
    binaan atau konstruksi.
 Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk
    kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan
    beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali
    sebagai unsur atau konstituen.
 Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat.

 
SUBJEK DAN PREDIKAT
 Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau
    beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang
    diterangkan.
 Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan
    menjadi unsur yang menerangkan subjek.
 Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada
    frasa nama. Ayat berikut salah dari segi binaan subjeknya.
 Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur
    frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

SINTAKSIS

Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang
ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa
yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau
kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

 Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.

 Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum
    atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.

 Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat
    melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.