ZURAIDA BINTI OTHMAN

Sunday, 8 August 2010

AYAT

DEFINISI AYAT
 Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
    tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
 Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa
    perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
    kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

 
BINAAN AYAT
 Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu
    binaan atau konstruksi.
 Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk
    kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan
    beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali
    sebagai unsur atau konstituen.
 Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat.

 
SUBJEK DAN PREDIKAT
 Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau
    beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang
    diterangkan.
 Predikat ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan
    menjadi unsur yang menerangkan subjek.
 Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada
    frasa nama. Ayat berikut salah dari segi binaan subjeknya.
 Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur
    frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment