ZURAIDA BINTI OTHMAN

Thursday, 12 August 2010

JENIS-JENIS KATA ADJEKTIF

1. Kata adjektif sifat / keadaan
ialah perkataan yang digunakan bagi menerangkan sifat atau
keadaan sebagai unsur keterangan kepada kata nama,
seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
kuat, pintar, nakal, keras, lemah, sihat, bijak, cergas, dan jahat.
Contoh ayat:  Budak nakal selalu kena marah.

2. Kata adjektif warna
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian warna, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
jingga, perang, hitam, putih, biru, dan kelabu.  
Contoh ayat:  Adik suka pakai baju hijau.

3. Kata adjektif ukuran
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian ukuran, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
tebal, gemuk, panjang, nipis, pendek, kurus, tinggi, rendah,
dan kecil.
Contoh ayat:  Buku tebal itu sudah saya baca.

4. Kata adjektif bentuk
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi maksud rupa bentuk, seperti contoh berikut:
Contoh perkataan:
lurus, bulat, bujur, bengkok, leper, bundar, lonjong,  buncit, dan
tajam.
Contoh ayat:  Jalan lurus mudah dilalui.

5. Kata adjektif waktu
sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian konsep masa,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kerap, awal, sering, jarang, lewat, silam, baharu, dahulu, dan
lampau.
Contoh ayat:  Kedatangannya lewat hari ini.

6. Kata adjektif jarak

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi makna konsep ruang,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
nyaris, dekat, hampir, dan jauh.
Contoh ayat:  Rumahnya tidak jauh dari Pejabat Pos.

7. Kata adjektif cara

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang memberi pengertian keadaan kelakuan atau ragam,
seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
pantas, deras, ligat, lambat, gopoh, perlahan, laju, cermat,
dan cepat.
Contoh ayat:  Kereta itu dipandu dengan laju.

8. Kata adjektif perasaan
ialah perkataan yang digunakan sebagai unsur keterangan
kepada kata nama yang memberi pengertian atau konsep
perasaan, seperti contoh yang berikut:
Contoh perkataan:
kasih, takut, malu, sayang, hendak, geram, cinta, rindu,
dan marah.
Contoh ayat: Dia masih marah kepada saya.

9. Kata adjektif pancaindera

sebagai unsur keterangan kepada kata nama ialah perkataan
yang membawa konsep sentuh, dengar, pandang, bau,
dan rasa.
Indera pandang
comel
hodoh
molek

Indera dengar
nyaring
lembu
mersik

Indera bau

wangi
hanyir
harum

Indera rasa
manis
kelat
masam

4 comments:

  1. boleh terangkan fungsi kata adjektif dalam frasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata adjektif menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif...

      Delete
    2. Frasa adjektif berfungsi sbg predikat,penerang bagi frasa nama,unsur keterangan bagi frasa kerja, dan subjek

      Delete
  2. Kata adjektif menjadi unsur inti dalam binaan frasa adjektif

    ReplyDelete