ZURAIDA BINTI OTHMAN

Monday 9 August 2010

DEFINISI FRASA

Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas.
Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan.
Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua
perkataan atau lebih.Sebagai contohnya, Kambing.

Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada
sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat.

Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu :
Frasa Nama(FN)
Frasa Kerja (FK)
Frasa Adjektif (FA)
Frasa Sendi (FS).

Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang
menjadi sebahagian daripada ayat.

Ia dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun sekumpulan perkataan
yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi membawa makna.
Jika dahulu, Pendeta Z’aba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina
daripada dua perkataan atau lebih.
Tetapi, sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi frasa.

Contohnya, Rumah

Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat dirumuskan bahawa:

Frasa merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau
diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna.

No comments:

Post a Comment